Want your
own Fotopage?



































 


By: Ummi Aina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 12-Apr-2009 08:31 Email | Share | | Bookmark
sorry

salam semua
lupa nk bg tahu ye
sbnr nye dah lama pindah ke rumah baru



http://qutreen.com

http://www.qutreen.com/resepi/



jumpa di sana ye..................

Care to comment?


Sunday, 14-Sep-2008 23:48 Email | Share | | Bookmark
Nasi Tomato ,Ayam Pedas

 
 
 

ayam masak pedas

Quote:
* Ayam atau daging
* 3 ulas bawang putih - dimesin
* 1biji bawang besar - dimesin
* Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) - dimesin
* sedikit cuka atau air asam jawa.
* sedikit garam,gula dan air.
*sedikit kicap

Cara-cara

1. Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan
2. Blenderkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam
3. Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau,masukkan air asam atau cuka,garam,gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat




nasi tomato resepi dari rinn

Quote:
NASI TOMATO
Bahan-bahan:
2 pot beras
2 biji bawang merah, dimayang
2 biji bawang putih, dimayang
1/2 cawan minyak sapi (Kalau tak ada, guna mentega aje)
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
Air secukupnya
3/4 cwn sos tomato
Garam secukup masin

**saya tambahkan sedikit susu cair**

Cara-cara:
1. Cairkan minyak sapi dalam periuk nasi di atas api. Tumis bwg merah dan putih. Masukkan
segala rempah dan tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan beras dan gaul hingga rata. Tuangkan air secukupnya utk menanak nasi.
Masukkan juga sedikit garam.
3. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan bila nasi hampir masak masukkan sos tomato
dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan nasi masak dengan api yg kecil.
4. Selepas 10 minit, buka tutup dan gemburkan nasi. Tutup semula dan biarkan tanak
sepenuhnya.
* Jika guna rice cooker, tumiskan bahan2 di dalam periuk di atas api. Selepas dituang
air masak di dalam cooker seperti biasa.



ayam madu dari FP rinn

Quote:
AYAM MADU
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam

Ditumbuk lumat:
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin (Kalau guna kicap manis, sila tambah sedikit garam)
2 biji bawang putih
Perahan sebiji lemon atau limau kasturi

Cara-cara:
1. Lumurkan ayam bersama-sama bahan2 yg ditumbuk dan perap selama sejam atau lebih.
2. Microwave @ HIGH selama 3 minit. Kalau tak microwave pun tak pe, kukus selama 10 minit.
Kalau malas lagi, bakar aje terus. Bakar selama 30min - 40min pada suhu 200 darj cel
sehingga garing.
3. Sesekali siramkan lagi dengan lebihan bahan perap sekirannya ayam kelihatan kering.



--------------------------------------------------------------------------
Pernahkah Anda Membayangkan nya
Marilah Kita Renungkan Bersama

Dimanakah kita .. ? hebat sangatkah kita sehingga ingin terus kekal menjadi seorg yg SOMBONG dan ANGKUH ...!!

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Ertinya : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Luqman ayat 18

Dimankah kita jika dibandingkan dengan ciptaan Allah dibawah ini ....!!












Salam Ummi... terpegun saya dgn ciptaan Allah ini.. kita benar2 kerdil.. enty yg paling baik yg pernah saya tgk sebelum ini.. sekurang2nya saya tahu di mana kita di antara planet2 itu semua..

Salam pengenalan dari saya Gee.harun
Sun 18-Jan-2009 12:29
Posted by:gee.harun  - [Link]
nmpk sedap resepi kt cni..salam singgah..jom jana pendpatan lebih..mudah, cepat dan halal..http://janamodal.com/rm2018.htm Thu 26-Feb-2009 14:43
Posted by:aziyana az_witty2001@yahoo.com  - [Link]
ya ALLAH.... kalau bumi pun tak nampak masa tu... macam mane la kita time tu.... itu la... betapa besarnya kuasa ALLAH.... wallahualam..... baru saya tau bila nampak skala ni... terima kasih kerana sudi berkongsi..... Thu 25-Jun-2009 05:41
Posted by:jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Tuesday, 9-Sep-2008 02:33 Email | Share | | Bookmark
Berbuka puasa di GC

rosemarry chiken..3 ekor tu sekali bakar
kue abok2
ikan bakar
View all 8 photos...
Sabtu lepas balik GC n dapat berkumpul 4 family
1-family abg mei
2-family kak kamilah
3-family abg azam
4-family kak zakiah











meriah tul,tp syg kemera cam sengal jek
byk gambar tak elok..cam blur
mcm nak suruh buang je,beli yg baru

majlis ni kita org pakat bawak la menu masing2
sy cuma buat
1-Rosemarry Chicken (3 ekor u )-ni ambik kat FP MamaSya-


akak copy je ek mamasya,hehe...harap halalkan)
Quote:
LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana.tq Ana...

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil -
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato -
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah- tak letak
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad.(yg ni tak sempat nak buat).; mkn dgn nasi


2-Gulai Batang Pisang



ni pun copy dari my resepi
Quote:
* 500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
* 1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil)
* 2 paket serbuk kari daging
* 500 ml santan
* 1 tangkai daun kari
* 2 batang kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 4 ulas bawang merah (kisar halus)
* 6 ulas bawang putih (kisar halus)
* 1 inci halia (kisar halus)
* 2 sudu besar cili boh - sy tak masukkan pun
* Sedikit air asam jawa
* Minyak utk menumis
* 1 gelas air
* Garam, gula dan perisa hilal secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan Minyak.Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi.Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh.Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
2. Masukkan santan dan kecilkan api.Masukkan pula tulang dan batang pisang.Biarkan mendidih dan batang pisang empuk.Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya.Masak sebentar.Siap utk dihidang.


lain2 tu kakak sy n kakak2 ipar sy yg bawa
bila dah ramai2 berkumpul,seme benda nak makan
sampaikan lps solat kita org sambung makan lg
pinggan ,kta org guna pinggan polisterin je hehe
senang,lps makan terus buang
sb bila kumpul mcm ni byk benda nak bercerita
byk gossip2 tertunda

hai ....dah siap ke baju raya dan kuih raya... meh ah dtg fp adik...ada pengumuman dan pic baju baru mia
ada berita penting...jgn lupa beli akhbar kosmo 15.9 ni hari isnin ada rencana
Sat 13-Sep-2008 15:24
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
salam...
gulai batang pisang ni mmg femes kat utara je, kalau kt kg sy tu,kenduri kendara sllu ada gulai ni..campo ngan dgging @ tulang, sedapkan..
best la dpt berbuka ramai2 gitu, kalau sayalah bila dh byk sgt mkanan, taktau nak amik yg mana satu..last2 makan jer yg ada kat dpan mata je
Sun 14-Sep-2008 17:00
Posted by:zaiy  - [Link]
akak.....umbut batang pisang aper yang sedap masak gulai tue...? Wed 17-Dec-2008 04:02
Posted by:yai yai_leo2002@yahoo.com
View all 18 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 10:55 Email | Share | | Bookmark
Nasi Beriani Johor

acar timun
masak merah ayam
daging kambeng...
View all 4 photos...
hari ni abdurrahman request nak makan nasik beriani johor
lom pernah masak pun
cari2 resepi,jumpa tp tak cukup bahan la pulak
mula tu dah set nak masak benda lain
tp kesian si kecik tuh
dia nak makan punya pasal
maka jalan mudah beli je lahhh




Salam Ramadhan aina sekeluarga...ini baru la best, masuk2 je ada menu...selalu masuk ..kod..kod...amboi sakan masuk entry ye...la ni kak amal pulak yg tak boleh...fp tak leh buka di rumah..kat ofis boleh..tapi faham2 je le...dapur dah siap ke...mana janji manismu pada kak amal.. Sun 7-Sep-2008 03:07
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Wah...kalau dapur dah lebih kurang je mcm header kat atas tu...kalau kak amal satu suntuk duk kat dapur je...he.he
Kacang Kuda pedas tu aina buat sambal ikan bilis, masa tumis masukkan daun kari sikit, buat sambal biar pedas2 manis dan masukkan kacang kuda yg dah direbus dulu dan gaul sebati. tu je..
Mon 8-Sep-2008 02:06
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
salam akak..lama tak singgah sini..hari nih singgah tgk akak da apdet
sedap menu akkak tu..
Mon 8-Sep-2008 03:50
Posted by:zira  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 01:11 Email | Share | | Bookmark
Laksam

 
 
 
View all 5 photos...
Dah lama sy nak buat laksam ni
cari kat myresepi,terjumpa la resepi Yani ni
bila dah buat,sebijik rasa mcm kat kedai yg sy selalu makan tu
laksam kelantan,resepi mmg sama kut kat mana2


ni gambar laksam Yani myresepi
gambar yg sy ambil guna kemera hp je
kemera sy menggong sket
puasa juga kut

ni resepi Yani Myresepi:

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum *cantik sgt dah sukatan laksam ni*
* 4cwn air suam

* >>bahan kuah:

* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula
* >> Bahan ulam
* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

* >>cili:

* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

lepas ni nak ronda2 cari resepi lg...

Salam Ramadhan MamaAina. Laksam favorit kat rumah...semua suka maklumlah ni makanan femes kat Pantai Timur. tp nak ngukus tu yg penat sikit..... Fri 5-Sep-2008 13:15
Posted by:Mamasya  - [Link]
wahhhh..bestnya laksam..
kakliza pun x pernah buat mee laksam tu..
tapi kuahnya mmg selalu buat..makan ngan mee laksam yg dibeli jer....
Fri 5-Sep-2008 13:40
Posted by:kakliza  - [Link]
salam umi..
selamat berpuasa!!
wahhh sedapnyerr laksam tuh....dah lama bebenor x mkn laksam nih..
kalaulaaa periuk kukus tuh beso kitt drp tapak tgn i ni buleh nk menggulung laksam....
Fri 5-Sep-2008 15:48
Posted by:shima  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 25-Jul-2008 07:16 Email | Share | | Bookmark
KOD BABI PADA MAKANAN

salam sejahtera


Kod B**i Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Salah seorang rakan saya*** bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan
Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan
produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat
dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC ,
oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun
ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-
141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia
ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang
Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab '
KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian
mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa
yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging
adalah daging b**i. Penternakan b**i sangat banyak di negara-negara tersebut.
Di Perancis sendiri jumlah penternak b**i mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh b**i sangat tinggi dibandingkan dengan
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-
lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak b**i
tersebut ? Jawapannya adalah: B**i-b**i tersebut dipotong di tempat perniagaan
(secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang mengasingkan badan
b**i tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging
b**i.. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut ..Sebagai
awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata
berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan
dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus
dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak b**i dicantumkan dengan nama Pig
Fat (lemak b**i) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah
selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak b**i tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara
pengeksport.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya
diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod
tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak
produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet,
coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan
beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-
ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di pasaran , kita sebagai
masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit
masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.


Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu
bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar
kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan
produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk
dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak b**i.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270,
E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432,
E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,


E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


[size=18][color=blue]Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat
Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.


Quote:
dalam duk beli brg2 kat hypermarket ni...tadak la pulak code2 ni semua...tatau la kut kawan2 yg lain ada jumpa.bukan apa,benda2 mcm ni kalau kita anggap remeh pun tak elok juga...takut jd darah daging -nauzubillahhiminzalik-

Salam. Tak semua E codes pada makanan tuh babi. Tak silap saya, email ini yg pernah disebarkan pada awal 2000 ini adalah palsu. Kami di Europe dah lama check makanan menggunakan E-codes. Basically, mana2 makanan yg ada E-code tetapi tertulis suitable for Vegetarian dan tidak mengandungi alcohol adalah halal, dan makanan yg sebegini lebih byk di pasaran. Sila lawati http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php# untuk more halal food guide. Islam itu mudah. Thu 7-Aug-2008 08:36
Posted by:serikandiku
hai...jangan lupa ke fp adik...adik bagi hadiah..sila datang ambik hadiah kat fp adik...ambik ikut nombor masing2...special edition for u all...love u foreaver... Sun 24-Aug-2008 09:23
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
tade apdet br...huhuhu
xper la...salam ramadhan buat ummi aina sekuarga yer


:: http://idida.fotopages.com ::
:: http://syakirzainol.fotopages.com ::
Wed 3-Sep-2008 14:45
Posted by:<idida aka ummu nafisa>  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 05:02 Email | Share | | Bookmark
rindu nya dgn FP ni...

sebenar nya seme dah selesai segala serabut mabut kat dapur tu dah ok...
dah ada resepi2 yg dicuba..cuma belum ada masa lg nak buh gambar kat sini...
tp hari ni saja nak kongsi email ni...email dari sorang kawan utk panduan kita bersama..


LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..


DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Tak pa...tapi entry masak...mesti mengancam k...kak amal tgk juga semangat memasak dari dapur baru.....
ni..kak amal tgh masak ....ayam panggang mentega + nasi ayam gan salad..cik abg dgn anak2 minta buat lagi ayam panggang..tapi buat stail lain sikit...tak jemu2 depa ni...
Fri 18-Jul-2008 05:58
Posted by:amal5041.fotopages.com amalhayati68@gmail.com  - [Link]
akak rindunyerrr...
nnti tepek gambar dapur baru yerrr nk tgk!!!
mesti best pasni masak2 kt dapur sume baruuu sedap mata memandang
Mon 21-Jul-2008 17:10
Posted by:shima  - [Link]
tq for the info Tue 12-Aug-2008 02:14
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 08:22 Email | Share | | Bookmark

minta maaf kat semua ye
dapor kat rumah ni dah 3 minggu tak berasap
kalo berasap pun ala2 kadar je
dapur tgh renovate...

nt semua dah setel...
kita sambung semula masak2 kita ye...

Hai..tak siap lagi ke..renovate dapur tu..nanti siap..bagi kite tgk yee.. Wed 25-Jun-2008 08:19
Posted by:amal5041.fotopages.com  - [Link]
hi kak....xde mega asap lg ker??lamenye... Wed 2-Jul-2008 17:48
Posted by:kirana-ummikmal  - [Link]
dapur baru semangat memasak yang meluap-luap Wed 9-Jul-2008 08:28
Posted by:rani  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 28-May-2008 10:05 Email | Share | | Bookmark
jum ubah selera.....

Nak makan KFC ...mcm2 dgr...tak sembelih la..sembeli pakai mesin je la
so was2 nak lepak2 dgn family kat situ
skrg dah ada yg sy rasa mmg tanpa was2 lg
HPA ada keluarkan produk ayam organik
utk RFC ni agak nya guna ayam tu la(info sbnr lom dapat dgn jelas)
HPA dah buka Restoran pertama nya kat Lagenda Heights,Sg Petani...
akan dirasmikan pd 1 Jun 2008
jum p try test ,jum tgk hiasan dalaman restoran RFC











utk info yg lebih..sila lawati web RFC

http://duniaherbahpa.com/2008/restoran-radix-fried-chicken-rfc-sg-petani-kedah/



wahhh..terkejutnyer jumpe maksu kt fp nih..hihi. dh lame x jumpe, skali kt fp jgk jumpe.bestla cmnih..leh la tau updates maksu n family selalu kan. hehe. alaa, xde pn terenyer. try & error ajek. maksu lgla terer. balik nnti blehla pi menuntut ngan maksu eh. kaklong dh link kan page maksu kt fp klong.sng nk pi merayap.hehe. la ni tgh nk exam..doakan klong eh. pastu balik..hehe.syoknyerr.. Sat 7-Jun-2008 06:13
Posted by:dewisoulhaa  - [Link]
kawan kata dia dah pernah cuba...
memang best... kalo dah makan rasa nak lagi dan lagi dan lagi
ye la ayam nie x de bahan kimia.. mmg tip top le
teringin gak sy nak cuba tp.. kat tg. malim nie x de lagi la
Sun 8-Jun-2008 04:53
Posted by:fara  - [Link]
kenapa MamaAina dah lama tak udate nih..rindu nak tengok resepi Mon 9-Jun-2008 20:59
Posted by:AnisAisya @ Oslo  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Friday, 16-May-2008 16:29 Email | Share | | Bookmark
Nasi Daging Pendang

 
 
 
Kali nak kongsi resepi nasik daging (tp sy guna ayam,sb anak tak berapa suka daging,nt lekat kat celah2 gigi,tu dia org tak berapa suka..
tp rempah nasik daging ni sy guna resepi family..takde kat pasaran
ada sedara sblh mak sy mmg jual rempah ni
tp boleh digantikan dgn rempah kurma atau rempah sup
rasa tak sama..tp lebe kurang la



resepi kat bwh ni sy ambik dari myresepi.net ye
cuma sy gantikan rempah2 tu dgn rempah yg makcik sy buat..tu je
lain2 seme sama...

Quote:
Bahan-bahan ( 5 orang )

* 1 kilo beras Basmathi
* 1/2 kilo daging
* 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
* 1 sudu besar rempah kurma
* 1 inci halia
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* Sedikit mentega/ minyak sapi
* 1/2 cawan tomato soup kimball
* 1 cawan susu cair
* sedikit garam
* sedikit gula
* 1 ketul kiub pati ayam

Cara-cara

1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
3. Basuh beras dan toskan.
4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.




Quote:
dalca ni sy ambik kat mesra.net..cuma jumlah bahan tu dikurangkan je..sedap jugak resepi ni
Bahan-Bahan:
2 kati ayam (potong kecil-kecil)
1 ½ cawan kacang dal (cuci & toskan)
1 pain air
2 biji ubi kentang (dipotong kecil)
2 biji terung (dipotong kecil)
2 biji terung (dipotong kecil)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam
½ sudu teh garam
4 sudu besar minyak Bahan Giling:
3 biji cili hidup
3 biji cili kering
2 inci halia
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
Cara:
Jerangkan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan kacang dal, serbuk kunyit, serbuk kari & garam, biarkan mendidih. Pijarkan minyak & tumis bahan-bahan ditumbuk hingga naik minyaknya. Masukkan repah yang ditumis ke dalam dal mendidih tadi. Kacau. Masukkan garam, ubi kentang, terung & masak hingga dal serta ayam empuk. Rasa garamnya & angkat.




Quote:
acar timun
Bahan-Bahan:
1 biji besar timun
1 biji lobak merah
garam
gula secukup rasa
cuka
cili merah

cara:
gaul kan gula,garam dan cuka
masukkan timun....biar seketika




Quote:
air asam ni semua pun boleh buat kan,tak susah pun
Bahan-Bahan:
10 biji cili padi
3 biji cili merah besar
1 biji bawang besar-dihiris nipis
sebiji tomato buah-dihiris nipis
1 mangkuk air asam jawa 2 inci belacan (di bakar sekejap)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara:
Cili padi dihiris halus-halus.Bawang besar dicincang halus.Kesemua bahan-bahan digaul sekali.Dan sesuaikan rasa mengikut rasa masing-masing.




Quote:
ni resepi yg sy ambik dari mamasya..sedap sekali..sesuai jugak dimakan dgn nasik daging ni...anak2 sy kalo takde ayam tak leh nak telan agak nye..tu pasal kena ada jugak masak ayam utk apa2 nasik...

Ayam Palembang
Sumber ; Fp Yulina, Tq Ina..
bahan
Ayam digoreng dgn kunyit & garam - 10 ketul ayam
Cili kering~ - 2 sudu besar cili kering dah blender
Bawang merah ~ - 5 ulas
Bawang putih~ - 3 ulas
Halia~ - 2 inci
serai~ - 2 btg
Kicap - 3-5 sudu kicap cair+ 1 sudu sos tiram(menurut Yulina kalau ayam ni nak nampak lagi gelap, tambahkan kicap)
santan - 1 pkt santan debu(jadikan sederhana pekat)
daun kari - 6-7 helai daun kari
Asam jawa -1/2 cawan kecil
garam
gula

Cara;
Bland semua yang bertanda ~dah garing masukan ayam,gaul ...lepas tu masukkan kicap,gula dan garam.Masukkan air asam jawa daun kari dan santan.didihkan sehingga pekat.




Quote:
kek coklat kukus ni dah kerap sgt la pulak sy buatkan utk anak2..sedap sgh tgk dia org maka..takpe la makan la anak2 ku
nak resepi boleh ambik kat sini ye
http://qutreen.fotopages.com/?entry=1530553


ok ini aje utk kali ni...
jumpa lg di lain entry

sedapnyaa.. Wed 28-May-2008 02:46
Posted by:Ziela zpuppets@yahoo.com  - [Link]
kak nada suka makan daging ye...ni ada satu resepi sedap gak..

meat ball bersos...
sebungkus kecil daging kisar jenama ramly burger..
4 keping roti putih apa-apa jenama pun boleh..
lada hitam ikut kepedasan dikehendaki- tumbuk.
bawang putih cincang
daun sup dan daun bawang potong kecik-kecik
garam
air sikit untuk rendamkan roti.
kentang dipotong baji
bawang besar dadu
sos cili
kicap manis
kacang peas..peace...

Bila roti dah kembang gaulkan sume bahan. Bentukkan menjadi bebola ikut suke le besar mana..bola golf bleh, besar guli pun bleh... Goreng. Angkat dan ketepikan.
Guna minyak yang sama goreng kentang. angkat tauk tepi..

Dalam periuk lain tumis bawang besar dadu sampai layu tak bermaya..
Masukkan sos cili, kicap dan air sikit...agak-agaklah..
masukkan bebola, kentang , kacang peas dan daun bawang yang dipotong seinci panjangnya..

lepas tu.. apa lagi ..makan le ngan Roti Arab ke, Benggali ke, roti org putih ke..nyam..nyam..
Tue 5-May-2009 15:04
Posted by:ummu jannah ummujannah@gmail.com
ummu jannah : ni bukan kak nada(qutrin nada) punya web,ni salah seorang kenalan kak nada juga masa di MMAS...sorry ye , kak Nada ada email hari tu tanya,,sbnr nye akak mmg suka nama qutreen ni hehe..apa2 pun tenkiu resepi kat atas tu..

web ni dah bubye sbnr nye
selanjut nya dah pindah p
http://qutreen.com
http://www.qutreen.com/resepi
tp resepi byk tak upload
Tue 8-Sep-2009 23:38
Posted by:MaMaAina qutreen315@yahoo.com  - [Link]
View all 31 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.