Want your
own Fotopage?



































 


By: Ummi Aina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Feb-2008 17:29 Email | Share | Bookmark
~Laksa ibu mertua ku~

Quote:
1-serikandi ~nk tiru2 kat sini,boleh je no hal..tp akak pun masih belajar gak,tak tera mana pun,,cuba tgk kat fav FP akak,kat sana byk resepi,akak test resepi2 fav akak tuh,nt akak paste kat sini ye

2-ambo~boleh je ambo,,bile2 nk dtg bg tahu je,bisa diatur,boleh disediakan

3-isa~terima kasih isa,memudahkan akak utk upload gambar kat FP ni





Resepi Masakan Penambat Hati Keluarga

Laksa Kuah Lemak Pendang

Laksa kuah lemak Pendang. Apasal nama satu macam?

Saja jer bagi nama macam tu. Dulu akak tak pandai masak. Suami akak orang Pendang Kedah. Sekali makan laksa mak mertua... amboi mak sedap bukan main... tak pernah makan laksa macam nie sedap. akak pun tanyalah resepi dia. Dia pun ceritalah .i

Dulu pernah sekali, masa suami kerja di Kilang di Bayan Baru Penang, akak masakkan Laksa Pendang nie jamu kawan suami akak dari Jepun. Ingat lagi nama dia Akira Kakizawa dari Intel Tokyo Japan. Dia bawa sekali isteri dia dan anak dia mai rumah akak.

Dia makan sampai 4 pinggan penuh :surprised: . Seronok tengok Jepun tu makan, dia kata sedappp.

Kalau nak cuba kelazatan laksa Pendang, tak payah pi Pendang. Buat sendiri, kalau kena gaya, boleh buka kedai jual laksa Pendang... InsyaAllah laksa lain boleh katup kedai..... Hahahaha. Tapi kesian juga nanti tutup pulak rezeki orang... dah tu buat makan sendiri jamu anak beranak sudahla...

Kalau dah masak dah sedap habark mai pd akak ye...komen kat sini

Selamat mencuba....


Bahan-bahan:
1- Sebungkus laksa kering
2- 600g ikan kembung
3- 1/2 kilo santan
4- 3 biji bawang besar
5- 2 peket rempah kari ikan adabi
6- 3 kuntum bunga kantan
7- Daun kesum
8- 4 batang serai
9- Serbuk perasa Hilal-(apa2 jenis penyedap rasa pun boleh)
10-Garam secukup rasa

Cara memasak:

1- Rebus laksa kering sampai lembut
2- Toskan laksa biar habis semua air
3- Rebus ikan sampai masak
4- Setelah sejuk, buang tulang dan blender isi ikan
5- Blender bawang besar
6- Campurkan bawang blender dengan rempah kari
7- Panaskan campuran 6 sampai masak
8- Masukkan isi ikan yang telah diblender
9- Masukkan santan dan panaskan sampai mendidih
10-Masukkan bunga kantan, daun kesum, garam secukup rasa dan serbuk perasa Hilal
11-Biar mendidih selama 10 minit.

Bahan hiasan:
1-Bawang besar di potong melintang
2-Cabai melaka dipotong 1/2 cm
3-Daun selom dipotong halus
4-Kacang panjang dipotong 1/4 cm
5-Limau nipis
6-Salad dipotong halus

Cara hidangan:
1-Laksa dimasukkan bahan hiasan diatas
2-Bubuh kuah sampai berlinang
3-Dah tu apa lagi ambik camca dan ngap

*gambar nt ye...ni kira dlm proses mengupdate kan FP*

wa.... dah start dah FP akak nih, buat saya terliuq je la.. boleh attach sekali bau masakan nya sekali tak? Tue 12-Feb-2008 18:29
Posted by:serikandi
Best la Kak Q... nnti Ambo dtg SP.. jamu la laksa ni... Wed 13-Feb-2008 10:42
Posted by:unnamed
tumpang..

Kini telah ada image hosting malaysia, berbahasa Melayu, StorGambar.com

StorGambar.com adalah hosting gambar berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh anak tempatan yang berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri hebat berbanding hosting gambar orang putih sekalipun! Host gambar anda secara online untuk kegunaan forum, blog, laman web, dan lain-lain.


Apa yang hebat di StorGambar.com?

1.Anda boleh mengupload banyak fail sekaligus. Lebih mudah

2.Anda juga boleh masukkan banyak gambar dalam bentuk fail ZIP lalu upload. Kami menyediakan fungsi Extract fail ZIP jika terlalu banyak gambar yang hendak diupload.

3.Anda juga boleh hostkan apa sahaja fail selain gambar, termasuklah video, audio, dan banyak lagi jenis fail.

4.Antaramuka berbahasa Melayu. Mana ada hosting gambar lain dalam bahasa Melayu, tapi di sini ada. Sangat mudah.

5.Ada fungsi untuk terus hasilkan kod untuk forum (Kod BB @ BB code) dan kod lain. Seperti dalam gambar di bawah, anda hanya perlu klik pilihan format kod untuk mendapatkan kodnya.

6.Daripada gambar yang anda upload, galeri boleh dibina untuk dilihat oleh orang lain. Anda juga boleh setkannya sebagai persendirian agar tidak boleh dilihat oleh orang lain.

7.Server terletak di Netmyne Data Centre, Kuala Lumpur, lebih pantas untuk rakyat Malaysia. Tiada lagi keluar gambar katak kuning (kecuali anda yang menguploadkan gambar katak kuning tersebut).

Anda boleh resize gambar, fail yang telah dilihat akan ditandakan, boleh buat folder, dan banyak lagi..

MASUK KE SINI:
http://storgambar.com/

Sat 16-Feb-2008 02:35
Posted by:isa  - [Link]
betul akak ... orang kedah punya laksa memang sedap macam mak saya dia memang pakar buat laksa ... Mon 14-Jul-2008 06:07
Posted by:rosmina rosmina80@yahoo.com  - [Link]
amboiii sedapnya org pendang masak
saya pun dari pendang juga,ayah pandai sangat buat nasi dagingsedappp wooo
Sun 22-Feb-2009 12:18
Posted by:ira syahiera_04@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.