smlm sambil2 melayari internet
tak tau nk masak apa utk ptg2..selalu ptg2 pun kena buat jgk kue ke apa2 je la
sb anak2 akak mmg kuat makan..org kedah ckp kuat mentekedarah duk tgk myresepi..terjumpa la pulak resepi kak umi kat situ
rasa mcm best je...anak yg sulung suh cuba..dia mmg suka
jenis makanan ala2 western ni...
bila dah cuba ini la hasil nye,abes semua..sat je...lom abes panas roti tu...abes la semua nye
tu la seadanya...tp puas la tgk anak2 makan apa yg kita masak
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang (akak guna isi ayam)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
16-18 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Parmesan cheese utk bau yg menarik
Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara:
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese n parmesan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos