npk je mcm susun elok,lps ambik gambar selesai yg dlm pinggan tu
dah lama tak makan kek
selalu kalau cheese butter cake
nak makan beli je
sekali tgk resepi ni ada kat rinn punye FP
pertama kali cuba kira ok la
kira menjd la kut ni
sedap pun sedap...
mcm biasa `tetap abes`
ni kira copy terus dari FP rinn
KEK MENTEGA KEJU (CHEESE BUTTER CAKE)
Bahan-bahan :
170gm mentega
125gm krim keju
250gm gula castor (sy cuma guna 200gm saje)
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla
1/8 camca teh cream of tartar
Cara-cara :
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memutar hingga habis.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan esen vanilla.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan mentega/keju/tepung.
Kaupbalikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
9. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.
nt sy cuba buat lg....
Quote:
1-Berg old_guys86@yahoo.com~npk mcm bahulu??hehe..percubaan kali pertama la berg..nt nak cuba sampai jd betul mcm otai akak buat tuh
2-shima~rasa mmg sedap shima..tp tgk gambar cam tak sedap je...hehe..tp takpe yg penting hubby n anak2 suka..nt nak cuba buat lg..
3-rinnchan ~waaaa otai dah masuk FP sy ni....nak kena bersemuka minta petua ni...rinn buka kelas tak??kalau buka boleh la nk p belajar dgn lebeh detail lg...
4-jeff ~kalau dah nampak sedap.makan pun mmg sedap jeff...
Lama tak jenguk sini..Dulu dok selalu mai dok nampak biskut tanah liat tu..tup2 bila mai lagi...dah berderet-deret makanan.. Terimakasih kerana banyak merujuk pada FP Rinn..Rinn pun amik dari tempat lain sebagai rujukan. Kira banyak yg menjadik tuuu...Sure Aina bergumbira selalu..mama dia dah semakin laju di dapur !!!