 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 By: Ummi Aina
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 23:48 |
Email | Share | Bookmark |
|
Nasi Tomato ,Ayam Pedas
|
|
ayam masak pedas
| Quote: | * Ayam atau daging
* 3 ulas bawang putih - dimesin
* 1biji bawang besar - dimesin
* Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) - dimesin
* sedikit cuka atau air asam jawa.
* sedikit garam,gula dan air.
*sedikit kicap
Cara-cara
1. Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan
2. Blenderkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam
3. Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau,masukkan air asam atau cuka,garam,gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat |
nasi tomato resepi dari rinn
| Quote: | NASI TOMATO
Bahan-bahan:
2 pot beras
2 biji bawang merah, dimayang
2 biji bawang putih, dimayang
1/2 cawan minyak sapi (Kalau tak ada, guna mentega aje)
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
Air secukupnya
3/4 cwn sos tomato
Garam secukup masin
**saya tambahkan sedikit susu cair**
Cara-cara:
1. Cairkan minyak sapi dalam periuk nasi di atas api. Tumis bwg merah dan putih. Masukkan
segala rempah dan tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan beras dan gaul hingga rata. Tuangkan air secukupnya utk menanak nasi.
Masukkan juga sedikit garam.
3. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan bila nasi hampir masak masukkan sos tomato
dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan nasi masak dengan api yg kecil.
4. Selepas 10 minit, buka tutup dan gemburkan nasi. Tutup semula dan biarkan tanak
sepenuhnya.
* Jika guna rice cooker, tumiskan bahan2 di dalam periuk di atas api. Selepas dituang
air masak di dalam cooker seperti biasa.
|
ayam madu dari FP rinn
| Quote: | AYAM MADU
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
Ditumbuk lumat:
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin (Kalau guna kicap manis, sila tambah sedikit garam)
2 biji bawang putih
Perahan sebiji lemon atau limau kasturi
Cara-cara:
1. Lumurkan ayam bersama-sama bahan2 yg ditumbuk dan perap selama sejam atau lebih.
2. Microwave @ HIGH selama 3 minit. Kalau tak microwave pun tak pe, kukus selama 10 minit.
Kalau malas lagi, bakar aje terus. Bakar selama 30min - 40min pada suhu 200 darj cel
sehingga garing.
3. Sesekali siramkan lagi dengan lebihan bahan perap sekirannya ayam kelihatan kering.
|
--------------------------------------------------------------------------
Pernahkah Anda Membayangkan nya
Marilah Kita Renungkan Bersama
Dimanakah kita .. ? hebat sangatkah kita sehingga ingin terus kekal menjadi seorg yg SOMBONG dan ANGKUH ...!!
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Ertinya : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Luqman ayat 18
Dimankah kita jika dibandingkan dengan ciptaan Allah dibawah ini ....!!
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|