Want your
own Fotopage?






 


By: Ummi Aina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Apr-2008 10:13 Email | Share | | Bookmark
Untuk Soulha Cairo

Quote:


terima kasih soulha bg akak bunga kantan ni
cantik sgt2...
nt bila akak buat laksa,nt nak cari bunga kantan mekar mcm ni
utk laksa akak huhu


sbg tanda terima kasih akak pada soulha tag kan akak bunga kantan tu
sbg balasan ,nah akak bg sejambak bungan kantan campo sayur2 utk laksa



juga akak sertakan gambar laksa kuah lemak yg akak buat td






Wednesday, 23-Apr-2008 11:03 Email | Share | | Bookmark
Kalau dah tak suka, pulangkanlah...

Artikel ini dari e-mail yang diterima dari seorang kawan. Setelah membacanya, saya rasa elok juga berkongsi dengan rakan-rakan buat menilai sejauh mana perhatian dan kasih sayang kepada keluarga kita.


Teruskan membaca.
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama..........


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar
automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.



Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.


"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.


"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.



"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut..



"Fail saya kat depan tu mana?"


"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.


Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana.
Tengok masa kat Legacy dulu tu."

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul erpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa
mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya
tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. "
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit
kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa
terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang
tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika
kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang
tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu
tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak
Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini,
panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak
ikut pergi mana pun."

"Lagi senang.. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"
Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.. Anak-anaknya pun
nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa
sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus enghadapi
sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan.. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak
pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat
anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya..
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
--


♥♥ Jika kebahagiaan sidia bermakna kita terpaksa melepaskan sidia maka biarkanlah itu terjadi ♥♥
♥♥ Kerana melihat kebahagiaan orang yang dicintai jauh lebih baik drpd
kita berada dekat disisinya tetapi tidak memiliki cintanya ♥♥


[copy dari http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=294]


Tuesday, 22-Apr-2008 10:56 Email | Share | | Bookmark
Ikan Siakap Tiga Rasa

resepi ni sy ambil dari majalah
tp dah lupa majalah mana
almaklum la dah lama..



1 ekor ikan siakap
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum
6 ulas bawang merah-dimayang
10 tangkai cili padi-diketuk
2 batang serai-diketuk
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili merah-dimayang
2 biji tomato-belah 4
1 btg timun-potong memanjang
1 potong nenas-potong kecil2
sedikit air
gula dan garam dan juga perasa

cara:
bersihkan ikan siakap,goreng garing & ketepikan
tumiskan bawang besar bersama serai ,daun limau,dan cili padi sehingga naik bau
masukkan sedikit air,sos cili,sos plum,gula,garam dan bahan2 yg lain

simple je kan??
boleh la kan bila time sibuk2 tu
masak yg sng2 jek
janji masak sendiri
nt kita kongsi resepi lain pula
SELAMAT MENCUBA


#############################################################



terima kasih soulha bg akak bunga kantan ni
cantik sgt2...
nt bila akak buat laksa,nt nak cari bunga kantan mekar mcm ni
utk laksa akak huhu





Wednesday, 16-Apr-2008 23:57 Email | Share | | Bookmark
Nasik Ayam Hainan

ayam yg dibakar..
nasi ayam..
tgh membakar
kalau buat nasik ayam ni mesti 5 size tin susu pekat yg besar tu
mcm la ramai sgt...
tak de ramai mana pun,
me & hubby & 4 org anak
tp anak yg 4 org tu akan ulang makan
ayam 2 ekor elok2 je la
sampai ke malam pun ok lg nasik ni
dia org akan makan
tak de lg nak pk nak masak apa utk malam
kalau dah buat nasik ayam ni




Bahan utk nasi:
beras-dibersihkan & toskan
bawang putih *
halia * *dikisar
daun pandan
air rebusan ayam secukup
timun & salad & tomato
magerin dan garam

Panaskan margerin,tumiskan bahan A
masukkan beras dan goreng sekejap
kemudian tuangkan air rebusan ayam,daun pandan garam
masak hingga nasik kering

Bahan Ayam:
1 ekor ayam-dibersih & toskan
madu,kicap,sos tiram,sedikit garam,
rempah 5 spice powder,sedikit gula

semua bahan digaul dgn ayam..perap seketika
sy selalu nya perap dlm satu jam
kmdn sy akan bakar ayam guna convection oven




Bahan sup:
air rabusan ikan bilis secukupnye
daun bawang
sedikit bwg merah
sedikit bawang putih
tulang ayam & minyak masak
sedikit minyak bijan
sedikit rempah sup
kiub pati ayam
bawang goreng & garam

tumiskan bawang putih dan bawang merah,masukkan tulang ayam,air rebusan ikan bilis
rempah sup,dan bahan yg lain,,masak hingga mendidih




Bahan sos cili:
cili merah ,halia ,bawang putih,cuka

sedikit cuka,gula pasair & garam,satukan semua bahan & kisar hingga lumat
tak perlu dididihkan




Bahan sos kicap:
lemak ayam
sedikit minyak
sedikit kicap cair,kicap pekat,sos tiram,air rebusan ayam & gula pasir

panas kan minyak masak,dan masukkan lemak ayam dan bahan2 yg lain hingga kluar minyak


sebelah ptg nye pulak
tgk pisang emas kat dapur tu byk,setandan gitu

teringin jugak nak try rresepi pisang kukus rinn
siap berbalut lg mcm rinn buat hehe
sikecik tu cakap,apasal tudung periuk ni mcm pakai serban je


betul la,bila kita balutkan tudung periuk kukus tu dgn kain..kue kat dlm tak da la kena air kukusan tu



panas..panasssssss....



ok tak sifu rinn??menjadi tak kek ni??




kepada yg mengidam tu
ambik resepi buat sendiri ye


resepi ni copy dari rinn FP

APAM PISANG KUKUS
Sumber : Resipidiana

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sy guna 16 biji pisang,sb pisang yg ada tu comel2 sgt)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula, Rinn guna 3/4 cawan -->3/4 dah elok manisnye
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.


Quote:

1-<< jeff >>~anak2 sy suka sgt nasik ni...ayam dia mmg tak keras sgt,sb cepat masak wpun sy bakar guna convection oven,mungkin sb diperap dgn madu,tu cepat masak,isi nye pun lembut je..

2-amdang81 amdang81@yahoo.com~waktu amdang lepak kat rumah akak tu..kan ke akak bz..wedding planner la kata kan,takpe nt dtg lg,kita masak spesel punye..okeh

3-Liz elizastias@yahoo.com~air tgn isteri yg masak mesti suami selalu ingat,rindu seme la,ila berjauhan...

4-mamasya mamasya22@yahoo.com~tu la mamasya,kat rumah ni seme montel2 la..tak de yg ketegori kurus,tambah2 mamaAINA dah laju duk jenguk FP2 otai2 ni...makin laju jugak anak2 duk request resepi suruh masak

5-shima ~tgk pun dah sedap,makan lg sedap shima hehe...cuba lah

6-nursyakirah~nasik ayam ni bukan kak punye resepi nursyakirah,akak tiru kat buku masakan mana tah,lupa dah...sb dah lama salin..
RE:convection oven tu akak mmg khas utk membakar ayam n ikan je..pernah la dulu buat kek,tp hanget sb tak sesuai kut...

7-~Anis~~dah buat ke?? ...kalau sedap tu bg tahu kawan,kalau tak sedap jgn salahkan resepi hehehe

8-zaiy ~pisang tu mmg dari hasilan pokok dpn rumah je,kebetulan depan rumah ni ada tanah lapang,apa lg bercucuk tanam la...
periuk kukus tu mmg besar,tp puas hati la...alah membeli menang memakai gitu..beli kat bukit kayu hitam...dah 10 thn umur periuk tu

9-nor~nak tunjuk sini kena lengkap la nor..sng kawan2 nak tgk dan cuba...kukus pisang tu akak ambik dari RINN FP...sng je kan nak buat tu

10-Deena adeenacollections@yahoo.com~cantik2 nye blouse n telekung ye...sedap mata memandang neh

11-soulha,cairo shibshi07@yahoo.co.uk ~ambik je la sue mana2 resepi yg bekenan kat sini,akak pun kdg tiru otai2 FP gak..tp resepi laksa pendang ni,,mertua akak nye resepi..mungkin kat Pendang dia org suka laksa kuah lemak kut..1st time makan dulu,cam pelik je rasa,,lama2 dah ok la hehe..skrg dah tak makan laksa kuah asam..anak2 akak lg suka laksa kuah lemak..dia org cakap puas makan...

12-kak rus kak_rusnah@yahoo.com~ye la kak rus,tanma sendiri tu..lemak manis cam berkrim je rasa pisang emas comel tuh...terima kasih singgah kat FP yg tak seberapa ini...baru belajar..






Monday, 14-Apr-2008 04:29 Email | Share | | Bookmark




Td ronda2 kat FP kawan2
singgah kejap kat FP kak liza
terpandang ikan cencaru sumbat ni
kebetulan dlm fridge tu ada ikan cencaru
cun jugak utk menu hari ni




CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan
4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

Bahan Sambal/Mesin2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.


resepi kedua mesti nak kena yg berkuah




Masak Lemak Cili Api
sotong
4 keping tauhu
10 biji cili api
sebijik bwg besar
2 ulas bwg besar
sebatang serai-dititik je
santan
garam secukup rasa

cara:
blend kasar cili,bwg,..masak dgn santan cair
masukkan sotong..agak2 masak
masukkan serai dititik
masukkan santan pekat
agak2 masak tu..angkat je idang terus

pesanan utk anak2 sedara ku:
masak ni kena rajin mencuba ye,semesti nya kena RAJIN.. ..


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net